PEMBAHAGIAN AIR DALAM ISLAM

1. AIR MUTLAK
air mutlak air dari salah satu 7 sumber iaitu air hujan, air sungai, air laut, air perigi, air mata air, air embun dan air salji yang masih asli dan suci lagi menyucikan, belum digunakan untuk mencuci najis, mandi atau berwudhu' dan x berubah warna, dan baunya kerana bercampur dgn benda2 lain. hanya air mutlak shj yang sah dgunakan untk bersuci atau menyucikan sesuatu yg tkene najis.

2. AIR MUTANAJJIS
air sedikit ( kurang 2 kolah) terkena najis, ataupun lebih 2 kolah tetapi terkena najis sehingga berubah warna dan bau..Air in TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI.

3. AIR MUSTA'MAL
Air yang kurang 2 kolah, telah digunakan untuk bersuci seperti mengambil wudhu' atau membasuh sesuatu yang bukan najis. air ini suci tetapi TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI..

4. AIR MAKRUH
Air didalam bekas logam yang boleh berkarat seperti tembaga atau besi dan panas terjemur matahari..Air ini MAKRUH DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI KECUALI SETELAH SEJUK SEMULA.

5. AIR MUTAGHAYYIR
air yang telah berubah rupa, rasa, bau kerana bcampur dgn benda2 yang suci seperti gula, teh, kopi,nila, dan sebagainya. AIR INI SUCI TP X BOLEH DGUNAKAN UNTUK BERSUCI..tetapi jika air itu berubah rupa atau wrna kerana lama bertakung atau dimasuki daun2 kayu. maka air ini SUCI LAGI MENYUCIKAN.

PeLaNGi YaNg CAnTIk..


PeLaNGi YaNg CAnTIk..

di satu petang....
aku bru blik keje....
cuaca time tu gerimis...
tp mentari still menyinarkan cahayanya...
dan ketika itulah
ku terlihat sang pelangi...
dan disebelahnya...
ad satu lagi pelangi...
SUBHANALLAH..
indahnya....
raser bertuah kerna
dpt melihat dua PELANGI
dalam satu masa...


famly day...

hai kengkwn..da lmer x post entry baru...xder idea + xder mud la...sbb ad beberper mslh yg melnder..huhu tp alhamdulillah...sumer da setel dah...erm arini nk share pasal famly day kaum kearabt arwah hj.siden..erm lbih kurg 15 buah kete yg join ...lokasinya kat pantai pasir lanun mersing...















nila antara kete yg berkonvoi..

erm agak seronok la kt tempat tu...sumernyer disponsor my lovely brader...makn n penginapan...so aku ngn sepupu2 aku ap lg..mndi laut x hingat dunia....hehhe..begambar pun memg sakan....hehe so kt entry aku share ngn sume gmbr2..




antara xtvt yg kitorg wat ialah mndi mkn mandi..jalan2 ker rompin...then ad wat bbq ckit...seronok..dapt mgeratkn lg tali silatulrahim...sush nk dpt bkumpul rmai2 cmni...pling seronok budak2 la...dpt men air puas2...aku pun join skli...hbis muker sunburn...huhhu sedey...


keindahan alam semesta..

control ayu

4 G.A.D.I.S

makcik2 berkelah

makn sepinggan ngn cousin~~apis


ni la my big brader..wif fmly..tp ank dier lg dua hilang mner nth..berkubang kt laut lg kot..

percutian kali ni sumernyer di taja oleh dier la...mklumla...ad untung la tu...ap pun thankz a lot..hope rezeki dier akn lebih murah lepas ni...mner tau leh gi bcuti lg..heheh..next time hope leh la gi mner2 island..ni plak my luvly sis..de only 1 sister..wif her husban

abang ipaq aku ni nakal la sunggug..suker sgt menyakat aku ni....mser mndi kt panatai dier ni suke la mnkut nakutkan aku...x kurg gak mngutuk aku..tu memg hobi dier..

ni la hasil kerja G.A.D.I.Sni la antara mknn yg di bakar...pg2 da merayap tepi pantai..lum mndi lg pun...seronok...


wif ain..test cmre baru dier beb..samsung tu...

pemandangan dri dlm kete

aku terpesonan ngn keindahan alam

hehehhe

aku ngah drive....otw ..bru nk sampai

ni la dier si fahim yg xleh nk dok diam...mulutnyer lagi la...becok...yg amat


ap la aku tgk tu...


ni la njla...cute kan??mcm saye...hehhe :P


mkn jerk keje aku ni...heheh


sesi mengumpat..persidangan

G.A.D.I.S
ni la antara kaum kerabat..
tp sedeynyer time ni da ramai yg da gerak blik dulu..so xdpt la bgmbr samer2...huhu diorg ni sker tol dpt jmper...bukn senang nk dpt kumpul rmai2 cmni...
impian aku satu hari nnti teringin nk wat satu mjlis yg mngumpulkan seluruh keturunan arwah hj.siden...then begambar..skrg ni jerk da ad 3 generasi..bler la..nk dpt generasi ke-4 ni..rsernyer x lmer lg coz ci nenek da nk kwen ryer ni...mesti meriah...

heheh...sempoi
sesi pembelajaran ngn ank buah aku
besar punyer!!!

Alhamdulillah..tarikh dah ditetapkan..

Alhamdulillah..akhirnya tarik dah ditetpkan...dua2 belah pihak da dpt kter sepakat...1 mei 2010..tu la tarikh yg ditetapkan..date tu jgak date bzdy my realy2 best frenz..ajid...so..from now on..i have to start make preparation...byk bnder nk kna prepare..x sabar nk tunggu date tu...

jalan2 gie cameron..

erm 5-7 feb ritu aku ikut my second brother di hntar pgntin adik ipaq dier kt sungai petani..lepas tu terus nek cameron...tp memg x cukup mser la..dpt jln gi ladang starwbery jerk..lps tu gi pasar dier..mak ai..bunger cntik2 giler.murah plak tuh...sayur pun..aku bukn men lgi borong sayur..borong teh..ngn t-shirt..cian bucuk kiter..dpt topi jerk...erm pas tu blikn abah ngn abg topi koboi..seronok giler petik stoberi sndri..syok sgt smpai x sedar dh penuh bakul..hehe..kete tu dh penuh cam stor dah..bygkan la..innova nek 4 org pun leh sesak giler dlmnyer...hahha










KAWAN VS KEKASIH


Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH…
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH…
ANDA tergolong dari yang mana…???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati …hadirnya KAWAN sebagai



sahabat sejati …berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ….

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.


Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak boleh disisih…
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan…
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu…?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH…dan KEKASIH itu KAWAN…
perlu lah dihadiahkan “Sedalam lautan Setinggi kayangan” kerana “Kasih sayang tiada sempadan” tapi sayang…
KEKASIH tetap KEKASIH…
KAWAN tetap KAWAN…
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

satu lg...hsilnyer..cute x kad ni??


erm mlm td aku kbosanan...xtau nk wat per...lyn fb jerk..lmer2 bosan gak..aku ap lg...klo dh bosan tgk phtshp la..try to do something dat looks cute..so tetiber dpt idea nk wat...so aku design wish card tok kak hasanah..coz xdpt pi wedding dier..kjer megekang tok pegi.huhuh..

PROSES KEJADIAN MANUSIA

PERINGKAT SATU

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "



Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran



Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.




PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

* sesuatu yang bergantung atau melekat
* pacat atau lintah
* suatu buku atau ketulan darah



Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.



PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14



Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.



PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14



Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.



PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

janin mendapat mknan melalui uri..
PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

KISAH AINUL MARDHIAH

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata
...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam

SUMAIYAH

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah